Pengikut

Sabtu, 5 Februari 2011

Zakat Fitrah Dengan Wang Kertas atau Dirham atau Makanan? - Mengembalikan Hidup Mengikut Sunnah

Masalah ini termasuk di antara kajian yang banyak menjadi tema pembahasan di beberapa kalangan dan kelompok yang memiliki semangat dalam dunia Islam. Tidak hairan, jika kemudian pembahasan ini meninggalkan perbezaan pendapat.

Sebagian melarang pembayaran zakat menggunakan wang secara mutlak, sebagian membolehkan dengan bersyarat, dan sebagian membolehkan tanpa syarat.
Yang menjadi masalah adalah sikap yang dilakukan orang awam. Umumnya pemilihan pendapat yang paling kuat menurut mereka, lebih banyak didasari logik sederhana dan jauh dari ketundukan terhadap dalil. Jauhnya seseorang dari ilmu agama menyebabkan dirinya begitu mudah mengambil keputusan dalam peribadatan yang mereka lakukan. Seringnya orang terjerumus ke dalam qiyas (analogi) padahal sudah ada dalil yang tegas.

Tulisan ini bukanlah dalam rangka menghakimi dan memberi kata putus untuk perselisihan pendapat tersebut. Namun, tulisan ini tidak lebih dari sebatas bentuk upaya untuk mewujudkan kecemburuan terhadap sunnah Nabi dan dalam rangka menerapkan firman Allah, yang bermaksud:
“Jika kalian berselisih pendapat dalam masalah apapun maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul, jika kalian adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir.”
(An Nisa’: 59)
Allah menegaskan bahawa siapa saja yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Kiamat maka setiap kali ada masalah dia wajib mengembalikan permasalahan tersebut kepada Al Quran dan As Sunnah. Siapa yang tidak bersikap demikian bererti ada masalah terhadap imannya kepada Allah dan Hari Akhir.

Pada kajian ini, terlebih dahulu akan disebutkan perselisihan pendapat ulama, kemudian ditarjih (dipilih pendapat yang lebih kuat). Pada kesempatan ini, penulis akan lebih banyak mengambil faedah dari risalah Ahkam Zakat Fitri karya Nida’ Abu Ahmad.

Zakat menggunakan Wang Kertas
 

Hanya dengan memahami apakah sebenarnya duit kertas barulah kita boleh memberikan hukum terhadap penggunaan duit kertas ke atas bayaran zakat.

Ini beberapa perkara asas mengenai sifat sebenar duit kertas.

1. Duit kertas asalnya adalah hutang/jaminan dari satu pihak bahawa pembawa duit kertas itu, mempunyai emas yang disimpan di satu tempat khas (bank), atau dengan kata lain, duit kertas adalah nota janji bayar (kertas hutang). - rujuk bretton woods aggrement 1944-1971.

2. Duit kertas yang dipaksakan nilainya oleh kerajaan, dan diwajibkan penggunaannya ke atas manusia.

3. Nilainya dihilangkan hampir setiap hari.

4. Ianya dicipta dari hutang dan bersamanya nilai bunga/interest/riba

Dari kesimpulan nombor pertama sehingga keempat, wang kertas tidak sesuai dijadikan bahan untuk pembayaran zakat, yang mana ianya jauh dari rahmat Allah.
Berkata Sheikh Ahmad Khatib iaitu di dalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 ertinya : " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala."
Kesimpulan awal dan muktamad kami bahawa jatuh haram membayar zakat fitrah menggunakan duit kertas.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri. 
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (H.R Tarmizi)

Keterangan Dari Perkara Nombor 3 Dalam Hadis.

Kita hidup di zaman dimana zakat fitrah menggunakan duit kertas yang asalnya adalah hutang seorang kepada yang lain sejumlah emas tertentu.

Pusat zakat pada hari ini dengan rela menerima zakat fitrah menggunakan duit kertas, sms, potongan gaji, duit elektronik (janji dibayar bank), cek (nota janji ada duit dalam bank) dan pelbagai lagi kerosakan dibuat oleh manusia yang dikatakan berilmu ini. Mereka memegang jawatan penting dalam pengurusan zakat, dari mereka timbul kerosakan dan kepada mereka kerosakan menyebar luas.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (H.R al-Baihaqi)

Nabi telah awal-awal memperingatkan tentang perkara ini, maka kewajiban kita untuk kembali kepada sunnah Rasul dan 3 generasi terawal selepas kewafatan Rasul.

Perselisihan Ulama Antara Zakat dengan Dirham/Dinar atau makanan asasi

Terdapat dua pendapat ulama dalam masalah ini. Pertama membolehkan pembayaran zakat fitrah menggunakan mata wang, kedua melarang pembayaran zakat fitrah menggunakan mata wang. Permasalahannya kembali pada status zakat fitrah.

Apakah status zakat fitrah itu sebagaimana zakat harta ataukah statusnya sebagai zakat badan?

Jika statusnya sebagaimana zakat harta maka prosedur pembayarannya sebagaimana zakat harta perdagangan. Pembayaran zakat perdagangan, tidak menggunakan benda yang diperdagangkan. Namun menggunakan wang yang senilai dengan zakat yang dibayarkan. Sebagaimana juga zakat emas dan perak. Pembayarannya tidak harus menggunakan emas atau perak, namun boleh menggunakan mata wang yang senilai.

Sebaliknya, jika status zakat fitrah ini sebagaimana zakat badan, maka prosedur pembayarannya mengikuti prosedur pembayaran Kaffarah untuk semua jenis pelanggaran. Dimana sebab adanya Kaffarah ini adalah adanya pelanggaran yang dilakukan oleh badan dan bukan kewajiban kerana harta. Pembayaran Kaffarah harus menggunakan apa yang telah ditetapkan, dan tidak boleh menggunakan selain yang ditetapkan.

Jika seseorang membayar Kaffarah dengan selain yang ditetapkan maka kewajibannya untuk membayar Kaffarah belum gugur dan harus diulangi. Misalnya, seseorang melakukan pelanggaran berupa hubungan suami istri di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang dibenarkan. Kaffarah untuk pelanggaran ini adalah membebaskan budak, atau puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang fakir miskin, dengan urutan sebagaimana yang disebutkan. Seseorang tidak boleh membayar Kaffarah dengan menyedekahkan wang seharga hamba, karena tidak menemukan hamba.

Demikian pula, tidak boleh berpuasa tiga bulan namun putus-putus (tidak berturut-turut). Juga tidak boleh memberi wang RM 50; kepada 60 fakir miskin. Karena Kaffarah harus dibayarkan sama sebagaimana yang ditetapkan.

Di manakah posisi zakat fitrah?

Sebagaimana yang dijelaskan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, pendapat yang lebih tepat dalam masalah ini adalah bahawasanya zakat fitrah itu mengikuti prosedur Kaffarah. Karena zakat fitrah adalah zakat badan dan bukan harta. Di antara dalil yang menunjukkan bahwa zakat fitrah adalah zakat badan dan bukan harta adalah pernyataan Ibn Abbas dan Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma tentang zakat fitri:

1. Ibn Umar radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah, …. bagi kaum muslimin, hamba maupun orang merdeka, laki-laki maupun wanita, anak kecil maupun orang dewasa. …” (HR. Al Bukhari & Muslim)

2. Ibn Abbas radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah, sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa & perbuatan atau ucapan buruk….” (HR. Abu Daud & dihasankan Syaikh Al Albani)

Dua riwayat ini menunjukkan bahwasanya zakat fitrah statusnya adalah zakat badan dan bukan zakat harta. Berikut adalah beberapa alasannya:

1. Adanya kewajiban zakat bagi anak-anak, budak, dan wanita. Padahal mereka adalah orang-orang yang umumnya tidak memiliki harta. Terutama budak, jasad dan hartanya semuanya adalah milik tuannya. Jika zakat fitri merupakan kewajipan kerana harta maka tidak mungkin orang yang sama sekali tidak memiliki harta diwajibkan untuk dikeluarkan zakatnya.

2. Salah satu fungsi zakat adalah penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa & perbuatan atau ucapan jorok. Fungsi ini menunjukkan bahwa zakat fitri statusnya sebagaimana Kaffarah untuk kekurangan puasa seseorang.

Apa kesan hukum jika zakat fitri statusnya sebagaimana Kaffarah?

Ada dua kesan hukum ketika status zakat fitrah itu sebagaimana Kaffarah:

1. Harus dibayarkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan iaitu bahan makanan.

2. Harus diberikan kepada orang yang memerlukan untuk menutupi hajat hidup mereka, yaitu fakir miskin. Sehingga tidak boleh diberikan kepada amil, muallaf, hamba, masjid dan golongan yang lainnya. (lih. Majmu’ Fatawa Syaikhul Islam 25/73)

Sebagai tambahan wacana berikut kami sebutkan perselisihan ulama dalam masalah ini:

Pendapat yang membolehkan pembayaran zakat fitrah  dengan wang

Ulama yang berpendapat demikian adalah Umar bin Abdul Aziz, Al Hasan Al Bashri, Atha’, Ats Tsauri, dan Abu Hanifah.

Diriwayatkan dari Al Hasan Al Bashri bahwasanya beliau mengatakan: “Tidak mengapa memberikan zakat fitrah dengan dirham.”

Diriwayatkan dari Abu Ishaq, beliau mengatakan: “Aku menjumpai mereka (Al Hasan dan Umar bin Abdul Aziz) sementara mereka menunaikan zakat Ramadhan (zakat fitrah) dengan beberapa dirham yang senilai bahan makanan.”

Diriwayatkan dari Atha’ bin Abi Rabah, bahwasanya beliau menunaikan zakat fitri dengan waraq (dirham dari perak).

Pendapat yang melarang pembayaran zakat fitrah dengan wang

Pendapat ini merupakan pendapat yang dipilih oleh majoriti ulama. Mereka mewajibkan pembayaran zakat fitrah menggunakan bahan makanan dan melarang membayar zakat dengan mata wang. Di antara ulama yang berpegang pada pendapat ini adalah Imam Malik, Imam As Syafi’i, dan Imam Ahmad. Bahkan Imam Malik & Imam Ahmad secara tegas menganggap tidak sah membayar zakat fitrah mengunakan mata wang. Berikut nukilan perkataan mereka:

Perkataan Imam Malik

Imam Malik mengatakan: “Tidak sah seseorang yang membayar zakat fitrah dengan mata wang apapun. Tidak demikian yang diperintahkan Nabi.” (Al Mudawwanah Syahnun)

Imam Malik juga mengatakan: “Wajib menunaikan zakat fitrah satu sha’ bahan makanan yang umum di negeri tersebut pada tahun itu (tahun pembayaran zakat fitri).” (Ad Din Al Khas)

Perkataan Imam Asy Syafi’i

Imam Asy Syafi’i mengatakan: “Wajib dalam zakat fitrah dengan satu sha’ dari umumnya bahan makanan di negeri tersebut pada tahun tersebut.” (Ad Din Al Khas)

Perkataan Imam Ahmad

Al Khiraqi mengatakan: “Siapa yang menunaikan zakat menggunakan mata wang maka zakatnya tidak sah.” (Al Mughni Ibn Qudamah)

Abu Daud mengatakan: “Imam Ahmad ditanya tentang pembayaran zakat mengunakan dirham, beliau menjawab: “Aku khawatir zakatnya tidak diterima, karena menyelisihi sunnah Rasulullah.” (Masail Abdullah bin Imam Ahmad, dinukil dalam Al Mughni 2/671).

Dari Abu Thalib, bahwasanya Imam Ahmad kepadaku: “Tidak boleh memberikan zakat fitrah dengan nilai mata wang.” Kemudian ada orang berkomentar kepada Imam Ahmad: “Ada beberapa orang yang mengatakan bahwa Umar bin Abdul Aziz membayar zakat menggunakan mata wang.”

Imam Ahmad marah dengan mengatakan: “Mereka meninggalkan hadis Nabi dan berpendapat dengan perkataan fulan. Padahal Abdullah bin Umar mengatakan: “Rasulullah mewajibkan zakat fitrah satu sha’ kurma, atau satu sha’ gandum.” Allah juga berfirman: “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul.” Ada beberapa orang yang menolak sunnah dan mengatakan: fulan ini berkata demikian, fulan itu berkata demikian.” (Al Mughni Ibn Qudamah 2/671)

Dilahir madzhab Imam Ahmad bahwasanya beliau berpendapat tidak sah membayar zakat fitrah dengan nilai mata wang.

Beberapa perkataan ulama lainnya:

- Syaikhul Islam Ibn Taimiyah mengatakan: “Allah mewajibkan pembayaran zakat fitrah dengan bahan makanan sebagaimana Allah mewajibkan pembayaran Kaffarah dengan bahan makanan.” (Majmu’ Fatawa)

- Taqiyuddin Al Husaini As Syafi’i, Penulis kitab Kifayatul Akhyar (kitab fiqh madzhab Syafi’i) mengatakan: “Syarat sah-nya pembayaran zakat fitriah harus berupa biji (bahan makanan). Tidak sah menggunakan mata wang, tanpa ada perselisihan dalam masalah ini.” (Kifayatul Akhyar 1/195)

- An Nawawi mengatakan: “Ishaq dan Abu Tsaur berpendapat tidak boleh membayar zakat fitrah menggunakan wang kecuali dalam keadaan darurat.” (Al Majmu’)

- An Nawawi mengatakan: “Tidak sah membayar zakat fitrah dengan mata wang menurut madzhab kami. Pendapat ini juga yang dipilih oleh Malik, Ahmad dan Ibnul Mundzir.” (Al Majmu’)

- As Syaerazi As Syafi’i mengatakan: “Tidak boleh menggunakan nilai mata wang untuk zakat. Karena kebenaran adalah milik Allah. Dan Allah telah mengkaitkan zakat sebagaimana yang Dia tegaskan (dalam firmannya), maka tidak boleh mengganti hal itu dengan selainnya. Sebagaimana berqurban, ketika Allah kaitkan hal ini dengan binatang ternak maka tidak boleh menggantinya dengan selain binatang ternak.” (Al Majmu’)

- Ibn Hazm mengatakan: “Tidak boleh menggunakan wang yang senilai (dengan zakat) sama sekali. Juga, tidak boleh mengeluarkan satu sha’ campuran dari beberapa bahan makanan, sebagian gandum dan sebagian kurma. Tidak sah membayar dengan nilai mata wang sama sekali. Kerana semua itu tidak diwajibkan (diajarkan) Rasulullah” (Al Muhalla bi Al Atsar 3/860)

- As Syaukani berpendapat tidak bolehnya menggunakan mata wang kecuali jika tidak memungkinkan membayar zakat dengan bahan makanan.” (As Sailul Jarar 2/86)

Di antara ulama abad ini yang mewajibkan membayar dengan bahan makanan adalah Syaikh Ibn Baz, Syaikh Ibn Al Utsaimin, Syaikh Abu Bakr Al Jazairi dan yang lainnya. Mereka mengatakan bahwa zakat fitrah tidak boleh dibayarkan dengan selain makanan dan tidak boleh menggantinya dengan mata wang, kecuali dalam keadaan darurat. Kerana tidak terdapat riwayat bahwa Nabi mengganti bahan makanan dengan mata wang. Bahkan tidak dinukil dari seorang pun sahabat bahwa mereka membayar zakat fitrah dengan mata wang. (Minhajul Muslim 251)

Dalil-dalil

1. Dalil ulama yang membolehkan pembayaran zakat fitrah dengan wang.

Dalil riwayat yang disampaikan adalah pendapat Umar bin Abdul Aziz dan Al Hasan Al Bashri. Sebagian ulama menegaskan bahwa mereka tidak memiliki dalil nash (al Qur’an, Al Hadis, atau perkataan sahabat) dalam masalah ini.

Istihsan (menganggap lebih baik) Mereka menganggap mata wang itu lebih baik dan lebih bermanfaat untuk orang miskin dari pada bahan makanan.

2. Dalil dan alasan ulama yang melarang pembayaran zakat dengan mata wang.

Pertama, riwayat-riwayat yang menegaskan bahwa zakat fitrah harus dengan bahan makanan.

1. Dari Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah, berupa satu sha’ kurma kering atau gandum kering…” (HR. Al Bukhari & Muslim)

2. “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah, ……sebagai makanan bagi orang miskin…” (HR. Abu Daud & dihasankan Syaikh Al Albani)

3. Dari Abu Said Al Khudzri radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan: “Dulu kami menunaikan zakat fitrah dengan satu sha’ bahan makanan, atau satu sha’ gandum, atau satu sha’ kurma, atau satu sha’ keju atau stu sha’ anggur kering.” (HR. Al Bukhari & Muslim)

4. Abu Sa’id Al Khudzri radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Dulu, di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kami menunaikan zakat fitrah dengan satu sha’ bahan makanan.” Kemudian Abu Sa’id mengatakan: “Dan makanan kami dulu adalah gandum, anggur kering (zabib), keju (Aqith), dan kurma.” (HR. Al Bukhari 1439)

5. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menugaskanku untuk menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Kemudian datanglah seseorang mencuri makanan, lalu aku berhasil menangkapnya….dst.” (HR. Al Bukhari 2311)

Kedua, alasan para ulama yang melarang pembayaran zakat dengan mata wang.

1. Zakat fitrah adalah ibadah yang telah ditetapkan ketentuannya.

Termasuk yang telah ditetapkan dalam masalah zakat fitrah adalah jenis, takaran, waktu pelaksanaan, dan tata cara pelaksanaan. Seseorang tidak boleh mengeluarkan zakat fitrah selain jenis yang telah ditetapkan, sebagaimana tidak sah membayar zakat di luar waktu yang ditetapkan.

Imam Al Haramain Al Juwaini As Syafi’i mengatakan: “Bagi Madzhab kami, sandaran yang difahami bersama dalam masalah dalil, bahwa zakat termasuk bentuk ibadah kepada Allah. Dan semua yang merupakan bentuk ibadah maka pelaksanaannya adalah mengikuti perintah Allah.” Kemudian beliau membuat permisalan: “Andaikan ada orang yang mengatakan kepada utusannya (wakilnya): “‘Beli pakaian!’ sementara utusan ini tahu bahwa tujuan majikannya adalah berdagang, kemudian utusan ini melihat ada barang yang lebih manfaat bagi majikannya (dari pada pakaian), maka sang utusan ini tidak berhak menyelisihi perintah majikannya. Meskipun dia melihat hal itu lebih manfaat dari pada apa yang diperintahkan. (jika dalam masalah semacam ini saja wajib ditunaikan sebagaimana amanah yang diberikan) maka apa yang Allah wajibkan melalui perintahNya lebih layak untuk diikuti.”

Harta yang ada di tangan kita semuanya adalah harta Allah. Posisi manusia hanyalah sebagaimana wakil. Sementara wakil tidak berhak untuk bertindak diluar yang diperintahkan. Jika Allah memerintahkan kita untuk memberikan makanan kepada fakir miskin, namun kita selaku wakil justru memberikan selain makanan, maka sikap ini termasuk di antara bentuk pelanggaran yang layak untuk mendapatkan hukuman. Dalam masalah ibadah, termasuk zakat, selayaknya kita kembalikan sepenuhnya kepada aturan Allah. Jangan sekali-sekali melibatkan campur tangan akal dalam masalah ibadah. Karena kewajiban kita adalah taat sepenuhnya.

Oleh karena itu, membayar zakat fitrah dengan wang bererti menyelisihi ajaran Allah dan Rasul-Nya. Dan sebagaimana telah diketahui bersama, menunaikan ibadah yang tidak sesuai dengan tuntunan Allah dan RasulNya adalah ibadah yang tertolak.

2. Di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum sudah ada mata wang dinar dan dirham.

Namun yang beliau praktikkan bersama para sahabat adalah membayarkan zakat fitrah menggunakan bahan makanan dan bukan menggunakan dinar atau dirham. Padahal beliau adalah orang yang paling faham akan keperluan umatnya, dan paling kasih sayang terhadap fakir miskin, bahkan paling kasih sayang kepada seluruh umatnya. Allah berfirman tentang beliau, yang artinya:

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (Qs. At Taubah: 128)

Siapakah yang lebih memahami cara untuk mewujudkan belas kasihan melebihi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam? Siapakah yang lebih faham tentang keperluan umat yang dicintainya melebihi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam? Sebut saja misalnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak tahu perasaan orang lain. Tapi, bukankah Allah maha tahu? Maka sikap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melalui wahyu Allah ta’ala adalah bukti akan kasih sayang dan ilmu Allah kepada hambaNya.

3. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa jenis bahan makanan, beliau tidak memberi kesimpulan:

“…atau yang senilai dengan itu semua itu…”

Jika dibolehkan mengganti bahan makanan dengan wang tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan menjelaskannya. Kerana beliau adalah orang yang sangat pemurah terhadap ilmu agama. Tidak mungkin hal itu akan beliau diamkan sementara ini adalah perkara agama yang penting.

Dalam masalah ini terdapat satu kaedah fiqh yang patut untuk diperhatikan:

السكوت في مقام البيان يفيد الحصر

“Tidak ada penjelasan (didiamkan) untuk masalah yang harusnya diberi keterangan menunjukkan makna pembatasan.”

Kaedah ini disebutkan oleh Shidddiq Hasan Khan dalam Ar Raoudlah An Nadiyah. Berdasarkan kaedah ini, seringkali Ibn Hazm ketika menyebutkan sesuatu yang tidak ada dalilnya, beliau mengutip ayat Allah:

وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

“Tidaklah Tuhanmu pernah lupa.” (Qs. Maryam: 64)

Maka diamnya Allah ta’ala atau diamnya Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga tidak menyebutkan bolehnya membayar zakat menggunakan wang, tidaklah karena Allah atau RasulNya itu lupa. Maha Suci Allah dari sifat lupa.

Namun ini menunjukkan bahwa hukum tersebut dibatasi dengan apa yang Allah jelaskan. Sedangkan, selain apa yang telah Allah dan RasulNya jelaskan tidak termasuk dalam ajaran yang Allah tetapkan.

Oleh kerana itu, jika telah diketahui bahwasanya di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah ada dinar dan dirham, sementara beliau tidak pernah menggunakan mata wang tersebut untuk membayar zakat fitrah baginda, demikian pula, beliau tidak pernah memerintahkan atau mengajarkan para sahabat untuk membayar zakat fitrah dengan mata wang, maka ini menunjukkan tidak bolehnya membayar zakat fitrah menggunakan mata wang. Kerana mata wang untuk pembayaran zakat fitrah tidak pernah dijelaskan oleh Allah dan RasulNya. Dan sekali lagi, Allah dan RasulNya tidaklah lupa.

4. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa jenis bahan makanan dengan ukuran satu sha’ untuk pembayaran zakat fitrah.

Sementara telah difahami bersama bahawa harga masing-masing berbeza. Satu sha’ gandum jelas berbeza harganya dengan satu sha’ kurma. Demikian pula, satu sha’ anggur kering jelas berbeza harganya dengan satu sha’ keju (aqith). Padahal, jenis-jenis bahan makanan itulah yang digunakan oleh sahabat untuk membayar zakat fitrah.

Lantas, dengan bahan makanan yang manakah yang benar--benar dijadikan acuan untuk menentukan nilai mata wang?

An Nawawi mengatakan: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa bahan makanan yang harganya berbeza. Sedangkan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan pembayaran zakat fitrah untuk semua jenis makanan sebanyak satu sha’. Maka ini menunjukkan bahwa yang dijadikan acuan adalah ukuran sha’ bahan makanan dan tidak melihat harganya.” (Syarh Muslim)

Ibnul Qashar mengatakan: “Menggunakan mata wang adalah satu hal yang tidak memiliki alasan. Kerana harga kurma dan harga gandum itu berbeza.” (Syarh Shahih Al Bukhari Ibn Batthal)

Mari kita perhatikan perkataan Abu Sa’id Al Khudzri radhiallahu ‘anhu: “Dulu, di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kami menunaikan zakat fitrah dengan satu sha’ bahan makanan.” Kemudian Abu Sa’id mengatakan: “Dan makanan kami dulu adalah gandum, anggur kering (zabib), keju (aqith), dan kurma.” (HR. Al Bukhari 1439)

Penegasan Abu Sa’id: “Dulu di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam….” menunjukkan hukum dan ajaran yang disampaikan Abu Said statusnya sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana kejadian yang dilakukan para sahabat radhiallahu ‘anhu di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lebih-lebih dalam masalah ibadah seperti zakat, dapat dipastikan bahwa hal itu terjadi di bawah pengawasan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan persetujuan beliau.

Demikian yang dijelaskan oleh Al Hafidz Ibn Hajar.

Kemudian Al Hafidz Ibn Hajar memberikan keterangan untuk perkataan Abu Said Al Khudzri tersebut: “Semua bahan makanan yang disebutkan dalam hadis Abu Said Al Khudzri, ketika cara membayarnya menggunakan ukuran yang sama (yaitu semuanya satu sha’, pen.), sementara harga masing-masing berbeda, ini menunjukkan bahwasanya yang menjadi prosedur zakat adalah membayarkan seukuran tersebut (satu sha’) dari bahan makanan apapun.” (Fathul Bari 3/437)

Ringkasnya, tidak mungkin nilai wang untuk pembayaran zakat boleh ditetapkan. Tidak ada yang boleh dijadikan sebagai ukuran standard. Kerana jenis bahan makanan yang ditetapkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bermacam-macam, padahal harganya berbeza-beza, sementara ukurannya sama, yaitu satu sha’.

Benarlah apa yang dikatakan Ibnul Qosim Al Maliki: “Masing-masing penduduk negeri mengeluarkan zakatnya menggunakan bahan makanan yang umumnya digunakan. Kurma adalah bahan makanan penduduk Madinah, penduduk Mesir tidak mengeluarkan zakat kecuali bur (gandum), sampai harga bur mahal kemudian bahan makanan yang umum mereka pakai menjadi sya’ir (gandum kasar), dan boleh (untuk dijadikan zakat) bagi mereka.” (Dinukil oleh Ibnu Batthal dalam Syarh Shahih Al Bukhari, yang diambil dari kitab Al Mudawwanah)

Catatan dan kesimpulan

Jika masih ada sebahagian orang yang belum menerima sepenuhnya zakat fitrah dengan makanan, kerana beralasan bahwa wang itu lebih bermanfaat, maka mari kita analogikan kes zakat fitrah ini dengan kes qurban.

Apa yang boleh anda bayangkan ketika daging bertimbun di hampir semua daerah. Bahkan sampai ada yang busuk, atau ada yang muntah dan loya ketika melihat daging. Bukankah wang seharga daging lebih mereka perlukan? Lebih-lebih bagi mereka yang tidak makan daging. Akankah kita katakan: “Dibolehkan berqurban dengan wang seharga daging, sebagai keadilan untuk orang yang tidak makan daging?”

Orang yang berpendapat demikian boleh kita pastikan adalah orang yang terlalu jauh dari pemahaman agama yang benar.

Oleh karena itu, setelah difahami pembayaran zakat fitrah hanya dengan bahan makanan, maka kita tidak boleh menggantinya dengan mata wang selama bahan makanan masih ada. Karena terdapat kaedah dalam ilmu fiqh:

لا ينتقل إلى البدل إلا عند فقد المبدل عنه

“Tidak boleh berpindah kepada ‘pengganti’ kecuali jika yang ‘asli’ tidak ada.”

Yang “asli” adalah bahan makanan (beras), sedangkan “pengganti” segala sesuatu selain beras.

Keperluan kita melakukan gerakan mengembalikan semula pendirian zakat fitrah ini kepada makanan ruji seperti digariskan rasul.

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Kitab Hadis 40 Imam Nawawi ra
2. laman muslim.or.id

Penulis

Syazwan Madihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...