Pengikut

Rabu, 12 Januari 2011

Tanda Hari Kiamat


Dari Abu Hurairah ra, ia menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Hari Kiamat tidak akan datang sebelum sungai Euphrates memunculkan suatu bukit emas yang menimbulkan perang, dimana setiap seratus orang, akan mati sembilan puluh sembilan, dan masing-masing orang di antara mereka itu berkata, 'Semoga saya yang selamat.'"
Dalam sebuah riwayat dikatakan,
"Sungai Euphrates nyaris memunculkan emas yang di simpannya. Barangsiapa yang mendapatinya, janganlah ia mengambil sesuatu daripadanya."
(Muttafaqun alaih)



Sesungguhnya, emas dan perak berkait rapat dengan Hari Kiamat.

1. Di dalam Al-Quran ada kisah mengenai Ashabul Kahfi yang menggunakan dinar dan dirham untuk membeli selepas tertidur selama 300 atau 309 tahun. Kisah Ashabul Kahfi (Akan Datang)

2. Banyak ayat-ayat Al-Quran mengenai emas dan perak, dinar dan dirham berserta hadis-hadis. Contohnya.
14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). [Ali-Imran]
3. Sejak zaman Rasulullah emas dan perak dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.

4. Ia penyelamat kepada orang-orang yang menyimpannya sewaktu akhir zaman apabila Amerika berjaya menukarkan kembali sistem kewangan dunia kepada emas dan perak.

5. Nabi Muhammad telah memberikan kita jalan keluar untuk krisis ekonomi dunia sekarang ini melalui hadis Rasulullah. Reserve emas mampu menstabilkan matawang.

6. Sewaktu menjelang Hari Kiamat akan berlaku peristiwa seperti hadis di atas. Hampir sangat dah dengan Kiamat.

7. Emas dan Perak yang kita kumpul hanya dapat menyelamatkan kita di dunia, sebaliknya bekalan amalan soleh sahaja yang kita bawa ke Hari Akhirat. Tiada gunanya emas sepenuh bumi.

8. Antara kenikmatan di syurga adalah ahli-ahli syurga dapat memakai emas dan perak.
23. Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. [Al-Hajj]
71. Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya." [Az-Zukhruf]

Wallahua'lam. Semoga kita tidak terlena dalam keenakan dunia.

4 ulasan:

  1. Terima kasih di atas perkongsian sahabat . :)

    BalasPadam
  2. salam...informasi yang amat menarik..teruskan useha anda mengupas tentang emas dan perak ini dgn mndlm lagi.

    BalasPadam
  3. terima kasih benevolence =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...