Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

Salah tanggapan

Ramai yang salah faham dengan konsep pembelian dinar emas. Ramai menganggap selepas membeli dinar, dirham, emas atau perak, nilai duit pembeli hilang. RM 600 yang digunakan untuk membeli dinar hilang begitu sahaja.

Tidak. Bahkan, dinar menyimpan nilai sebenar duit (kekayaan) anda. Emas merupakan komoditi yang menyimpan nilai harta anda. Ia tidak seperti anda membeli hanset atau motorsikal. YA, anda dapat menikmati penggunaan handset anda untuk beberapa tahun lamanya, dinar pula anda hanya simpan di bawah bantal. Dalam kata lain, anda tidak dapat menikmati fungsi dinar dalam kehidupan seharian anda.



Hilang Nilai

Selepas beberapa tahun, hanset yang anda beli tidak berfungsi lagi. Harga juga telah jatuh. Jadi, anda perlu menghabiskan RM 600 lagi untuk membeli hanset dan begitulah kitarannya untuk selamanya. Teknologi baru yang tumbuh bagaikan cendawan menyebabkan pelbagai jenis hanset dijual dipasaran. Jika anda tergoda, maka banyak duit anda dihabiskan untuk membeli hanset baru. Dari handset berharga RM 100 – RM 4,000, fungsi handset yang utamanya hanyalah satu iaitu alat untuk berhubung. BETUL, handset merupakan keperluan hidup tetapi, berbelanja lebih untuknya menyebabkan handset menjadi satu kehendak untuk anda.

Nilai dinar

Dinar pula, alat penyimpan harta anda. Harga emas pasaran global yang kian meningkat dari hari ke hari menjadikan ia komoditi terhangat dipasaran. Harga emas menigkat melebihi kadar inflasi (kenaikan harga barang).

Ramai yang mencemuh kerajaan kerana menaikan harga minyak dan pelbagai barangan lagi (saya juga). INFLASI, satu keadaan yang tidak mungkin dapat dielakkan kerana sistem matawang kertas itu sendiri yang menyebabkannya terjadi.

Tetapi, tidak jika penggunaan dinar dan dirham menggantikan system fiat ini.

Kuasa membeli

Pada zaman 1970-an dahulu, nilai 5 sen anda boleh beli mee goreng, nasi goreng dll. Begitu juga harga petrol, tambang haji, gula dll (harga lebih rendah). Sekarang, berapakah harga mee goreng? – RM 3.00 (harga biasa).

Jika anda menyimpan 5 sen anda di bawah bantal atau di dalam bank sekalipun (pada 1970-an), sekarang ini, 5 sen anda (atau 5 sen berserta faedah) tidak boleh digunakan untuk membeli mee goreng lagi. Ini bermakna, kuasa membeli anda hilang. Hari ini, tiada seorang pun menghargai 5 sen tersebut, padahal ia boleh digunakan untuk membeli mee goreng suatu masa dahulu… huhu

(mee goreng hanyalah contoh, macam-macam lagi boleh disabitkan)

Bagaimana pula dinar dan dirham?


Sahabat Urwah diberi wang satu dinar oleh Rasulullah saw untuk membeli seekor kambing. Kemudian ia membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika ia menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menawar kambing tersebut. Maka ia menjual seekor dengan harga satu dinar. Kemudian ia menghadap Rasulullah dengan membawa satu dinar wang dan satu ekor kambing. Beliau lalu meminta penjelasan dan ia ceritakan kejadiannya maka beliau pun berdoa: “Ya Allah berkatilah Urwah dalam bisnesnya.”
Imam Ahmad dalam Musnadnya (IV/376), Bukhari (Fathul Bari VI/632), Abu Dawud (no. 3384), Tirmidzi (no.1258), dan Ibnu Majah (no.2402)
Harga kambing pada zaman Rasulullah saw ialah 1 dinar. Hari ini harga seekor kambing juga 1 dinar (=/- RM 600). Kalau tak percaya, cuba lihat harga 1 Dinar di publicdinar dan bandingkan dengan harga seekor kambing di mudah.my

Kesimpulan

1. Emas dan perak matawang sebenar orang Islam.
2. Membeli emas dan perak tidak seperti membeli alat-alat lain. Anda boleh jual atau gadaikan jika perlu.
3. Jangan jadikan dinar dan dirham hanya simbolik perkahwinan (mas kahwin) sahaja, tetapi simpanlah ia. Percayalah, anda akan menikmati kegunaannya suatu masa nanti...Insya-Allah
4. Mulakan menyimpan bermula sekarang. Didik anak-anak menabung dengan dinar dan dirham. 1 Dinar & 1 Dirham untuk seorang.
5. Jika anda tidak mempercayai suatu masa nanti, dinar dan dirham akan menjadi matawang, begitu juga orang-orang terdahulu (zaman penggunaan dinar dan dirham), tidak pernah terfikir pun sistem matawang fiat akan digunakan.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...