Pengikut

Sabtu, 4 Disember 2010

Emas akan mencapai $1700-$2000

Adakah gelombang harga emas akan terus meningkat pada masa akan datang? Emas, komoditi paling hangat dalam sejarah sejak 2 tahun ini, telah bertukar menjadi aset utama pelabur dunia.

Sementara penganalisa jongkong emas masih lagi kebimbangan terhadap pasaran emas, CEO dan pengurus beberapa syarikat yang mengeluarkan emas fizikal seluruh dunia masih berminat untuk menjual emas fizikal.

Nick Barisheff, presiden dan CEO Bullion Management Group Inc berkata, harga emas akan terus meningkat di masa akan datang sementara pelabur-pelabur bertambah yakin untuk menukarkan duit kertas mereka kepada "besi kuning" ini.

Beliau juga yakin dan meramal jika harga emas meningkat seperti 3 tahun lepas, hara emas akan mencecah USD $1,700 - $2,000 per aun pada tahun 2011. (p/s minggu lepas $1360, sekarang $1414)

"Memiliki emas, perak dan jongkong platinum seperti memiliki nilai kekayaan sebenar daripada hanya memiliki kertas yang dicop (duit kertas) semata-mata".

p/s Desas-desus kenaikan harga emas petanda baik untuk bakal-bakal pelabur emas. Apa tunggu lagi? Jom tukar "kertas bercop 50" anda kepada emas. Bebas inflasi.

Berikut merupakan graf 60-hari harga emas.

60-hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...