Pengikut

Jumaat, 3 Disember 2010

China dan Emas: Harga emas naik sampai mana?

Adakah China yang menyebabkan harga emas naik turun?

Minggu lepas, komentar seluruh dunia telah sepakat. Langkah-langkah anti-inflasi China telah menyebabkan harga emas turun seperti yang diperkatakan oleh kebanyakan sumber termasuk Bloomberg.

Sememangnya, emas telah jatuh semenjak 2 minggu lepas. Harga emas menjunam lebih 5%, dari rekod tertinggi $1424 /auns ke $1352. Penurunan harga berpunca dari China yang menaikkan kadar faedah dan meningkatkan nisbah sandaran.

Ada kebarangkalian bahawa langkah-langkah anti-inflasi tersebut telah memberi tekanan kepada harga emas dunia. China merupakan pengguna emas terbesar dunia selepas India. Kadar inflasi yang tinggi biasanya meningkatkan permintaan untuk pelaburan seperti emas, dan kadar inflasi China telah meningkat sebanyak 4%.

Dengan perubahan terkini, Beijing telah menunjukkan keazaman yang tinggi untuk menurunkan kadar inflasi. Nisbah sandaran telah ditingkatkan sebanyak 2 kali ganda manakala kadar inflasi telah ditingkatkan 0.5%. Bahkan lebih tinggi kadar inflasi akan naik menurut jangkaan ketika anti-inflasi China masih berterusan. Setiap langkah anti-inflasi dari Beijing akan mengurangkan tekanan pada harga emas.

Meskipun begitu, China dan India masih membeli emas dengan banyaknya tanpa menghiraukan harga emas. India terutamanya sangat cintakan perhiasan emas. Selepas musim tengkujuh, India masih dalam suasana membeli. Mereka membeli hampir 50 tan metrik, atau 36%, lebih banyak perhiasan emas pada suku ketiga 2010 daripada tahun lepas.

(1 tan metric ialah 1000kg)

Sumber
JimTrippon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...