Pengikut

Sabtu, 20 November 2010

Zakat

Soalan yang sering ditanyakan apabila bercakap mengenai emas dan perak. Alhamdulillah kesedaran dan perasaan ingin tahu penyimpan emas dan perak mengenai zakat menjadi bukti keimanan anda. Lalu persoalan seperti berapakah berat minimum emas atau perak sebelum penyimpannya dikenakan zakat?, berapakah pula kadar zakat? dan pelbagai persoalan lain yang sering menjadi tanda tanya anda akan dikupas selanjutnya.

Emas berwarna kuning atau kemerah-merahan dan perak berwarna putih. Jadi tidak ada emas putih, sebagaimana kata Al-’Utsaimin dalam Majmu’ Ar-Rasail: “Kami tidak mengetahui ada emas yang berwarna putih.” Zakat tidak dikenakan ke atas emas putih.

Emas dengan berbagai macam bentuk dan sifatnya dianggap satu jenis dan disatukan dalam perhitungan nishab dan zakat, demikian pula halnya perak dengan berbagai macam bentuk dan sifatnya dianggap satu jenis dan disatukan dalam pengiraan nisab dan zakat. Contohnya emas 999 dan emas 916 (dinar) dianggap satu jenis.

Walau bagaimanapun emas dan perak keduanya merupakan dua jenis yang berbeza, oleh itu keduanya tidak disatukan dalam pengiraan nishab dan zakat.

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak

Firman Allah SWT : Maksudnya
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Syariat mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan. Apabila emas dan perak telah cukup haul (1 tahun Hijri) dan nisabnya, penyimpan hendaklah mengeluarkan zakat.

Nisabnya

Emas yang tidak dipakai

Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya. Jika emas itu menyamai atau melebihi kadar nisab 85 g (20 Dinar), maka diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5% atas nilai emas sahaja. 1 Dinar bersamaan 4.25 g. (Emas Public Gold termasuk dalam kategori ini)

Nisab emas adalah dua puluh dinar. Dalam hal ini ada beberapa hadits yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya, sebagaimana kata Al-Albani dalam Irwa’ Al-Ghali). Di antaranya hadits ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu:
“Tidak ada zakat pada dinar yang jumlahnya kurang dari dua puluh dinar dan pada setiap dua puluh dinar zakatnya setengah dinar.”
(HR. Abu Dawud, periwayatannya antara riwayat yang marfu’ dan riwayat yang mauquf. Al-Hafizh menghasankannya dalam Bulughul Maram, Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih Abi Dawud dan menyatakannya mauquf dalam Irwa’ Al-Ghalil)
Emas yang dipakai (perhiasan wanita)

Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. Sebagai contoh Lembaga Zakat Selangor mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 g.

Perak

Bagi logam perak, samada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nishab perak adalah 200 dirham Islam yang sama dengan 595 g perak murni. Hal ini berdasarkan hadits Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu:
“Tidak ada zakat pada perak yang beratnya kurang dari lima ons.”
(HR. Bukhari: 1447, 1459 dan Muslim: 979)
Para ulama sepakat bahawa satu ons senilai 40 dirham Islami, berarti lima ons senilai 200 dirham.

Pengiraan zakat

Ulama sepakat bahwa kadar zakat yang wajib dibayarkan dari emas dan perak adalah seperempat puluh (2,5 %). Di antara hadits-hadits yang menunjukkan hal ini hadits Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu:
“Dan pada perak zakatnya seperempat puluh …. dst.”
(HR. Bukhari:1454)
Ini adalah pendapat jumhur ulama, berdasarkan hadits-hadits di atas yang memutlakkan wajibnya zakat pada emas atau perak yang dimiliki jika mencapai nishab. Jadi cara mengeluarkannya adalah seperempat puluh (2,5 %) dari seluruh emas atau perak yang dimiliki.

Kalkulator zakat


Fakta Nombor



Rujukan


p/s Kalau anda simpan wang kertas RM 6,500 anda dikenakan zakat, tapi kalau anda simpan emas 85 g (RM 14,000) baru anda dikenakan zakat. Jom tunaikan kewajipan anda.

“Zakat pembersih jiwa dan harta”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...