Pengikut

Isnin, 22 November 2010

Sejarah Dinar & Dirham

Sejarah penggunaan dinar dan dirham bermula apabila orang-orang Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan berat, dan dinar dan dirham yang digunakan diperbuat oleh orang Parsi.

Penemuan matawang yang pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam ialah cetakan dirham Sassanian Yezdigird III, pada zaman Khalifah Uthman ra. Dirham ini berbeza daripada cetakan yang asal di mana perkataan Arab di tulis pada matawang, kebiasaannya tulisan "Bismillah". Sejak dari itu, budaya mencetak perkataan Arab dari Nama-Nama Allah ataupun Ayat-Ayat dari Al-Quran di atas matawang Islam menjadi kebiasaan.



Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)".

Pada tahun 75 H (695 M) Khalifah Abdalmalik mengarahkan Al-Hajjaj untuk mecetak dirham pertama, sekaligus menggunakan secara rasmi standard Umar Ibn al-Khattab. Setahun kemudian, beliau mengarahkan semua Negara Islam supaya mencetak dirham. Beliau menyuruh supaya matawang tersebut di cop dengan perkataan "Allah Maha Esa, Allah Maha Kekal" menggantikan gambar manusia dan binatang.

Saranan ini kemudian disebarkan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham, kedua-duanya berbentuk bulat dan perkataan di cop dalam bentuk bulatan. Pada kebiasaannya, sebelah di cetak dengan tulisan "tahlil" dan "tahmid" iaitu "La Ilaha Illa Allah" dan "Alhamdulillah"; manakala sebelah lagi ditulis nama Khalifah dan tarikh. Pada zaman selepas itu, telah menjadi kebiasaan untuk mencetak tulisan nama Rasulullah saw dan juga ayat-ayat Al-Quran.



Syiling dari emas dan perak ini menjadi matawang rasmi negara-negara Islam sehingga kejatuhan Khalifah yang terakhir. Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan. Sejak dari itu, matawang kertas telah diperkenalkan mengikut negara masing-masing. Sejarah telah membuktikan, matawang kertas menjadi penyebab keruntuhan dan pengurangan kekayaan orang-orang Islam.

Masih terdapat beberapa negara yang menggunakan unit Dinar sebagai matawang rasmi seperti negara Algeria, Bahrain, Iraq, Jordan, Kuwait, Libya, Macedonia, Serbia dan Tunisia. Malangnya, matawang "Dinar" tersebut di perbuat dari kertas juga.

Kuwait Dinar

Di Malaysia pula, negeri Kelantan telah menjadi pengasas dalam memperkenalkan Dinar dan Dirham. Ia merupakan suatu inisiatif dalam merealisasikan penggunaan Dinar dan Dirham sebagai matawang rasmi suatu hari nanti. Terdapat juga beberapa syarikat persendirian yang mencetak Dinar dan Dirham.

Dirham Kelantan

p/s Jom sama-sama memartabatkan kembali zaman kegemilangan Islam. Simpan lah dinar dan dirham bermula sekarang. Kekayaan sebenar umat Islam! Allahuakbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...