Pengikut

Selasa, 16 November 2010

Permulaan

Salam...

Hari ni saya nak tulis tajuk yang asas berkenaan dengan public gold dan juga pelaburan emas. Public Gold merupakan syarikat pertama yang menawarkan penjualan emas fizikal. Di sini, anda boleh membeli emas bila-bila masa dengan harga yang terkini, yang dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.



Kelebihan

1. Emas fizikal
2. Segala kos ditetapkan (tiada kos tambahan)
3. Modal pecahan 5 - 6 % (perbezaan harga beli dan harga jual)

Produk-produk

Public gold bar - 1kg, 100g, 50g & 20g.
Public dinar - 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar.

Laman web

Public Gold
Public Dinar

Pelaburan emas


Pelaburan emas lebih kepada jangka masa sederhana dan juga panjang. Jangka masa sederhana dalam lingkungan setengah tahun - 2 tahun manakala jangka masa panjang untuk 2 tahun dan ke atas. Misalnya, anda merangcang untuk kahwin dalam masa 2 tahun dari sekarang. Anda tukar wang simpanan anda dengan melabur emas yang mana anda akan dapat 30 - 40 % keuntungan. Insya-Allah. Sebaliknya, jika anda simpan duit dalam bank, anda hanya akan dapat 10% dari simpanan anda. Jadi, masa anda hendak melangsungkan perkahwinan, jual la kembali emas2 anda tukar kepada wang ringgit. Jumlah wang anda akan bertambah. Pelaburan jangka masa panjang pula melibatkan anda menyimpan untuk kegunaan bila anak2 anda nak sambung belajar ke universiti. Kalau anda pernah dengar cerita ibubapa kat kampung sanggup menjual tanah mereka untuk hantar anak mereka sambung belajar. Pelaburan emas mempunyai konsep yang sama dengan membeli tanah. Harga akan meningkat mengikut masa.


Risiko


Pelaburan emas ni ada risikonya seperti mana pelaburan saham dan sebagainya antaranya risiko keselamatan, harga emas dunia dll. Saya akan menulis mengenai cara untuk menghadapi risiko dalam penulisan yang akan datang.

Strategi

Saya akan tumpukan kepada 2 kelompok iaitu pelajar dan pekerja gaji sederhana.
Pelajar - majoriti pelajar mendapat pembiayaan PTPTN ataupun biasiswa. Jumlah dana yang anda dapat di awal sem cukup untuk beli 1 ataupun 2 Dinar. Jadi, belilah pada setiap awal sem untuk menjana sedikit keuntungan pada akhir sem nanti.
Pekerja biasa - kebiasaanya golongan ini menyimpan RM 250 sebulan untuk simpanan. Alternatifnya, setiap 3 bulan, anda beli 1 Dinar sebabnya keuntungan emas ini lebih tinggi. Pelaburan emas merupakan pelaburan yang kukuh, terjamin dan semua orang mengiktiraf betapa berharganya emas ini. Jadi, setiap tahun anda dapat simpan 4 Dinar bersamaan dengan 40 keping emas pada tahun ke-10 anda bekerja.

Konklusi

Anda boleh pilih samada untuk menyimpan emas untuk masa depan ataupun anda mahu gunakan semua duit yang anda ada sekarang untuk berbelanja. Nasihat saya, anda ada masa depan yang panjang lagi untuk dilalui. Anda tidak tahu siapakah anda bila berusia 50 tahun, boleh jadi anda telah lumpuh tak mampu bekerja, anak2 anda tidak menghiraukan anda lagi, tiada simpanan untuk beli makanan anda. Siapa anda waktu itu. Jangan menyesal di akhir usia. Tiada salahnya anda menyimpan emas.

p/s Jangan lupa bayar zakat yeh.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...