Pengikut

Ahad, 14 November 2010

Pelaburan Emas

Salam...


Kali ini saya akan menulis mengenai sebab2 mengapa anda perlu menyimpan emas bermula dari sekarang. Semua orang tahu betapa bernilainya emas. Dahulu, kita sering kaitkan emas dengan perempuan dan barang2 perhiasan. Tidak pernah kita fikir yang lelaki juga akan pergi beli emas kan, melainkan bile nak bertunang atau pun berkahwin. Emas memang sangat sinonim dengan perempuan. Perhiasan seperti gelang, cincin, rantai, subang dan macam2 lagi. Tapi sekarang, tidak lagi. Orang sekarang beli emas untuk simpan aka melabur sbb, nilai emas semakin meningkat.

Tahukah anda, nilai emas semakin meningkat dari hari ke hari...?? Ya, tahu. Tapi, tahukah anda dengan menyimpan emas, keuntungan yg anda perolehi lebih bnyk dari simpan duit dlm ASB atau akaun2 pelaburan bank biasa. Anda tahu?

Bukti

Saya bagi contoh, pada tahun 2000, M.Nasir berkahwin dgn Marlia Musa dgn hantaran 13 Dinar yg bernilai RM 2000. RM 2000 jer ke?Sekarang cuba cek berapa dinar yg anda mampu dapat dengan RM 2000 dkt publicdinar.

Di sini, saya sertakan graf harga emas untuk tempoh 2000 - sekarang

Sebanyak 34 % kenaikan pada 2010 sahaja.

Adakah anda belum yakin dengan keuntungan pelaburan emas ini?

Harga emas naik sebanyak ~20% setahun secara purata. Sebaliknya, dengan menyimpan duit dalam bank, anda mendapat faedah hanya 5% setahun, dan kalau anda melabur dalam ASB pula, 8% faedah setahun (rujuk hukum ASB dengan ustaz Zaharuddin). Jadi, apa tunggu lagi wahai pembaca sekalian. Simpan emas mulai sekarang walaupun hanya dengan membeli 1 Dinar. Hubungi saya sekarang.

Kalau anda ada simpan duit kertas dalam bank, bermakna anda silap percaturan. Duit kertas nilainya kan berkurang mengikut tahun. RM 2000 tahun ini tak sama dengan RM 2000 pada tahun hadapan. Nilai duit kertas sentiasa menurun. Anda sangka duit anda meningkat bila simpan dalam bank. Ya, betul jumlah dia meningkat tetapi sebenarnya nilainya menurun.

p/s: Tiba2 terfikir, kenapa bila kita simpan emas dan perak, bila dah cukup nisab dan haul kene bayar zakat, dan tidak pula bila kita simpan berlian, mutiara ataupun emas putih. Mesti ada sesuatu yg Allah nak tunjukkan dekat kita semua. Cuba teka?

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...