Pengikut

Ahad, 14 November 2010

Emas Sepenuh Bumi


Tafsir Ayat 91 Surat Ali Imran

Harga emas semasa 999 = RM 151 /g
Isipadu bumi = 1.08321 × 10(18) m3
Ketumpatan emas = 1.93 x 10(7) g/m3
Berat emas sepenuh bumi = 1.93 x (10(7) g/m3 x 1.08321 × 10(18) m3
= 2.0806 x 10(25) g
Harga emas sepenuh bumi = RM 151 /g x 2.0806 x 10(25) g
= RM 3.1568 x 10(27)

Walaupun orang kafir dan yg mati dlm keadaan kafir ingin menebus diri dgn emas sepenuh bumi yg bernilai RM 3.1568 x 10(27) sekalipun pada hari Akhirat kelak tidak akan diterima penebusan itu. Harta benda tiada nilainya lagi. Taubat mereka tidak diterima lagi.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Dikatakan kpd seseorg dri penghuni neraka pd hari Kiamat kelak, 'Bagaimana pndptmu, jika kamu mempunyai kekayaan dri apa yg ada di atas bumi, apakah kamu akan menjadikannya sbgai tebusan?' Maka org itu mengatakan 'Ya.' Lalu Allah SWT berfirman; 'Sesungguhnya Aku hanya menginginkan drimu sesuatu lebih ringan dri itu. Iaitu Aku mengambil janji darimu ketika kamu masih berada di tulang sulbi ayahmu, Adam as, iaitu: Janganlah kamu menyekutukan-Ku dgn sesuatu apapun, lalu kamu menolak bahkan kamu terus berbuat kemusyrikan.' "
(Tafsir Ibnu Kasir)

Oleh itu, dengan kekayaan yg kita ada, jgnlah kita kufur kpd Yang Maha Memberi rezeki. Allahuakbar~~~

*Peringatan utk diri sendiri, pembaca2 dan pengumpul emas. Jalan kira di atas hanya utk ilustrasi. Tiada niat utk mempersendakan ayat tersebut. Selamat beramal~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...