Pengikut

Isnin, 29 November 2010

Langkah - langkah pengurusan kewangan

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil ataupun anda masih belajar. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda juga mungkin tersilap berbelanja mengikut kehendak hati sampai tergadai keperluan harian yang sepatutnya anda utamakan dahulu. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Berikut merupakan langkah-langkah bijak menguruskan wang anda.

Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:

Langkah 1 – Menentukan matlamat kewangan anda
 
Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Adakah anda merancang untuk…

Membeli rumah?
Membeli kereta?
Memulakan keluarga?
Menabung untuk pendidikan anak anda?
Melancong?
Menyediakan perbelanjaan perubatan?
Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?
Langkah 2 – Menjejaki ke mana perginya wang anda

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda.

Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:
Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
Berapa banyak hutang anda setiap bulanBerapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
Langkah 3 – Menilai tabiat berbelanja anda

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.

Perhatikan sama ada:
Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
Hutang anda lebih besar daripada pendapatanAnda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
Langkah 4 – Menulis rancangan perbelanjaan anda

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda.

Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lainKetepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
 
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Simpan harta anda dalam bentuk emas.

Rujukan
www.akpk.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...