Pengikut

Isnin, 15 November 2010

Keperluan atau kehendak?

Keperluan atau kehendak? Satu idea yang sangat penting dalam bidang ekonomi. Perlu; boleh didefinisikan sebagai barangan atau servis yang diperlukan. Tanpanya, kehidupan seharian kita tempang, tak lengkap dan cacat seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, kenderaan dll. Kehendak pula bermaksud barangan atau servis yang tidak perlu untuk kemandirian diri tapi nafsu kita mahu. Sebagai contoh, kita perlu makanan untuk hidup tapi, kita tak perlu makan makanan yang mahal di tempat yang ekslusif. Cukup sekadar makan untuk memberikan tenaga untuk kita melakukan aktiviti harian.

Sesetengah orang gagal untuk mengenal pasti yang mana satu perlu atau tidak, menyebabkan masalah kewangan berlaku dalam diri. Kehidupan yang berteraskan "biar papa asal bergaya"menjadi punca kita sanggup berhutang, semata-mata nak menjaga imej. Konon2. Pepatah Melayu itu dah tak relevan untuk orang2 yang belajar ilmu ekonomi. Sebaliknya, kita perlu mengamalkan sikap jimat cermat demi memastikan kehidupan kita bebas dari hutang piutang.

Senario, majlis perkahwinan yang mewah satu contoh yang ideal. Ya, seseorang perlu kahwin tapi, tak perlulah majlis besar2an untuk buat kenduri. Kenduri di hotel hanyalah kehendak yang akan merugikan kita kelak. Kita sepatutnya membelanjakan kenduri mengikut kemampuan kita. Tak perlulah kita nak berhutang untuk berkahwin mewah. Kebiasaan ini, sebabnya kita iri dengan kawan2 yang kaya atau artis2 yang buat resepsi dkt hotel. "Ukur baju di bahu sendiri" - itulah jawapan untuk anda.

Lihat la pula pada orang2 kampung atau orang2 cina. Mereka pandai menyimpan aset untuk kehidupan di masa akan datang. Sebagai contoh, jiran saya, dah tua, dah meninggal pun, kerja dia masa hidup hanyalah menghantar surat khabar dari rumah ke rumah. Gaji dia tak sampai 4 angka pun. Anda pun dapat agak berapa gaji dia. Bila dia meninggal, anak dia jumpa 15k jer, simpan bawah bantal, dalam poket dan dalam almari. 15k jer? Banyak tu. Orang tua yang bawak basikal yang hantar surat khabar, simpan sampai 15 ribu dalam rumah je. Pandai dia simpan, tiada siapa sangka. Satu lagi, orang cina, kerja jual motor mahal2, tapi pakai motor buruk jer untuk diri sendiri sebab diorang tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Anda tahu?


Keperluan atau kehendak mungkin satu topik subjektif mengikut tahap kewangan anda. CEO Petronas perlu BMW 5 series, tapi CEO restoran kecil tak perlu BMW-5 untuk bergerak. CEO Petronas gaji bulanan sama dengan gaji pekerja biasa untuk 10tahun atau lebih. Kemampuan kewangan sangat tinggi. Jadi, mereka layak untuk pakai apa2 sahaja asalkan tidak membazir. BMW untuk golongan kaya mungkin satu keperluan, tapi kalau golongan biasa, tak perlu. Mungkin golongan biasa pun mampu, tapi terpaksa makan nasi dan telur goreng, tinggal di rumah flat kongsi 8 orang, buat pinjaman bank, hutang keliling pinggang dll. "Biar papa asal kedana". Jadi, anda perlu fikir sebelum buat penilaian.

Strategi.
1. Kenalpasti status kewangan anda.
2. Elakkan buat pinjaman untuk kegunaan peribadi kecuali untuk beli kereta atau rumah.
3. Senaraikan keperluan dan kehendak anda.
4. Buat penilaian yang bijak sebelum membeli.
5. Cari alternatif barangan anda yang lebih murah tapi berkualiti. "VFM - Value for Money"
6. Buang sikap "biar papa asal bergaya".
7. Jadilah tawaddu' (rendah diri).
8. Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda ada.
9. Buat analisis kepentingan barang anda yang anda hendak beli.
10. Tawakkal atau istikharah.

Perlu atau hendak. Kesimpulannya, keperluan adalah suatu benda yang anda tak boleh hidup tanpanya. Kehendak pula, anda rasa nafsu anda yang inginkannya. Mudah sahaja. Mungkin anda boleh beli barangan "kehendak" tapi mestilah dalam ruangan bajet anda.

Jangan mimpi bina bangunan setinggi langit, kalau hutang keliling pinggang. Nasihat untuk diri sendiri, kawan-kawan dan juga negara.

p/s Beli emas satu keperluan atau kehendak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...