Pengikut

Jumaat, 26 November 2010

Karat

Dinar = 22 K

Karat (K) ialah unit ukuran ketulenan emas dalam aloi. Perkataan karat diambil dari bahasa Greek kerátion (κεράτιoν), melalui bahasa Arab qīrāṭ (قيراط) dan bahasa Itali carato. Setiap karat mewakili nisbah 1/24 tulen, menunjukkan berapa bahagian dari 24 bahagian emas yang tulen. Jadi, 24 karat emas ialah emas yang paling tulen, sementara 18 karat emas mewakili 3/4 emas dan 1/4 lagi aloi.

24-karat = 0.995 ke 0.000 emas tulen
22-karat = 0.916 emas tulen
18-karat = 0.750 emas tulen
14-karat = 0.583 emas tulen
10-karat = 0.4167 emas tulen

Ukuran ketulenan:

X = 24 Mg / Mm

dimana

X ialah ukuran karat bahan
Mg ialah berat emas tulen dalam bahan, dan
Mm ialah jumlah berat keseluruhan bahan

p/s Unit ukuran ketulenan emas ialah Karat. Tetapi, emas tidak akan berkarat kerana emas tidak bertindak balas dengan oksigen. hihi...

2 ulasan:

  1. oooooo~~~sempat lagi buat lawak ye~~huu..cantik dinar ini awk~~nak satu~

    BalasPadam
  2. huuhuu~~saje buat lwk skit...bkn ade org bce pun..huhu
    klau nk, beli la kmu...lgi besar lgi cntik~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...