Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Gold Dinar as Halal Money


Many are aware of the concept of Halal money, but to them, Halal money is money obtained in an honest way, which means not by gambling. There is a bigger issue to be addressed regarding Halal money, and the secret lies within the currency note itself.

Gold Prices Are Clearly Trending Upwards Over the Long Term

The long-term trends in the gold prices are driven by changes in the overall level of confidence in the monetary system and the economy. Gold as an asset class has traditionally been an ideal hedge for one's portfolio. The very reason for this comes from the fact that it is not correlated with most other asset classes. Capital Market interacted with Mr. Chirag Mehta - Fund Manager (Commodities) - Quantum Mutual Fund regarding the outlook on gold in CY2011.



Jumaat, 24 Disember 2010

Gold price predictions for 2011

NEW YORK (Commodity Online): It is the season for greetings and predictions. The one commodity that is attracting an overwhelming number of predictions is gold these days. As the year gets to a close, dozens of gold price forecasts for the year 2011 have come in.

Gold at $1500, $1700, $1800, $2000 an ounce: which among these prices will you believe in? It is hard to put your confidence and money into commodities—especially into gold—when forecasts on gold price vary in widening values.

Khamis, 23 Disember 2010

PUM sokong guna dinar, dirham.

KUALA LUMPUR: Bermuamalah menggunakan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak jelas termaktub di dalam syariat Islam, malah perkataan dinar serta dirham disebut dalam beberapa surah al-Quran.

Sehubungan itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong penggunaan dinar dan dirham sebagai langkah alternatif menggantikan mata wang konvensional yang ketika ini semakin menyusut.

Rabu, 22 Disember 2010

PUM lancar Kelab Penyokong Dinar

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan rasminya pada hari ini melancarkan Kelab Penyokong Dinar.

Pelancaran itu dilakukan oleh Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua PUM sempena Seminar Seminar Minisiri Dinar Emas di Putra World Trade Centre (PWTC).

Menurut Abdul Halim, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan sebahagian daripada usaha PUM memberi kesedaran kepada orang ramai tentang dinar emas.

Selasa, 21 Disember 2010

Implementing Dinar and Dirham as bimetallic currency - World Islamic Mint

A case study of the Indonesian model.
 
Capitalism is the only religion that requires a blind-following; Capitalism is the only religion that has the largest blind-following and it is, in addition to that, the most damaging of all blind-followings.

Ahad, 19 Disember 2010

Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas - Dr Mahathir

LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) — Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khamis, 16 Disember 2010

Dinar

Dinar

Utusan - 16/11/2010


p/s Kurang bersetuju dengan tajuk artikel ni. Emas memang penyelamat di dunia, tapi di akhirat, tiada yang boleh menyelamatkan kita melainkan bekalan amalan soleh sahaja. Tiada lagi nilainya di akhirat kelak.

Sabtu, 11 Disember 2010

Perbezaan Pelaburan

Fakta

Hartanah (kecairan rendah, keuntungan berdasarkan lokasi dan jenis hartanah tu, & boleh gadai)

Emas (kecairan tinggi, keuntungan pasti meningkat dalam jangka masa panjang, walau beli bila-bila masa pun, & boleh gadai)

ASB (kecairan tinggi, jual balik tidak ada caj, keuntungan 6%-8%, & tak boleh gadai)

Akauan simpanan dlm bank (kecairan tinggi, keuntungan setahun 1%-3%, lebih rendah dr nilai inflasi [4%-6%], jangka masa panjang, nilai wang kita menurun, tak boleh gadai, & nilai makin susut)

p/s Anda pilih yang mana? Skim Cepat Kaya ke?

Sabtu, 4 Disember 2010

Emas akan mencapai $1700-$2000

Adakah gelombang harga emas akan terus meningkat pada masa akan datang? Emas, komoditi paling hangat dalam sejarah sejak 2 tahun ini, telah bertukar menjadi aset utama pelabur dunia.

Sementara penganalisa jongkong emas masih lagi kebimbangan terhadap pasaran emas, CEO dan pengurus beberapa syarikat yang mengeluarkan emas fizikal seluruh dunia masih berminat untuk menjual emas fizikal.

Jumaat, 3 Disember 2010

Public Silver

China dan Emas: Harga emas naik sampai mana?

Adakah China yang menyebabkan harga emas naik turun?

Minggu lepas, komentar seluruh dunia telah sepakat. Langkah-langkah anti-inflasi China telah menyebabkan harga emas turun seperti yang diperkatakan oleh kebanyakan sumber termasuk Bloomberg.

Sememangnya, emas telah jatuh semenjak 2 minggu lepas. Harga emas menjunam lebih 5%, dari rekod tertinggi $1424 /auns ke $1352. Penurunan harga berpunca dari China yang menaikkan kadar faedah dan meningkatkan nisbah sandaran.

Ada kebarangkalian bahawa langkah-langkah anti-inflasi tersebut telah memberi tekanan kepada harga emas dunia. China merupakan pengguna emas terbesar dunia selepas India. Kadar inflasi yang tinggi biasanya meningkatkan permintaan untuk pelaburan seperti emas, dan kadar inflasi China telah meningkat sebanyak 4%.

Dengan perubahan terkini, Beijing telah menunjukkan keazaman yang tinggi untuk menurunkan kadar inflasi. Nisbah sandaran telah ditingkatkan sebanyak 2 kali ganda manakala kadar inflasi telah ditingkatkan 0.5%. Bahkan lebih tinggi kadar inflasi akan naik menurut jangkaan ketika anti-inflasi China masih berterusan. Setiap langkah anti-inflasi dari Beijing akan mengurangkan tekanan pada harga emas.

Meskipun begitu, China dan India masih membeli emas dengan banyaknya tanpa menghiraukan harga emas. India terutamanya sangat cintakan perhiasan emas. Selepas musim tengkujuh, India masih dalam suasana membeli. Mereka membeli hampir 50 tan metrik, atau 36%, lebih banyak perhiasan emas pada suku ketiga 2010 daripada tahun lepas.

(1 tan metric ialah 1000kg)

Sumber
JimTrippon

Isnin, 29 November 2010

Public Gold - Kosmo

  

Langkah - langkah pengurusan kewangan

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil ataupun anda masih belajar. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda juga mungkin tersilap berbelanja mengikut kehendak hati sampai tergadai keperluan harian yang sepatutnya anda utamakan dahulu. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Berikut merupakan langkah-langkah bijak menguruskan wang anda.

Jumaat, 26 November 2010

Teks ucapan Nik Aziz di PWTC - Guna dinar untuk sekat kuasa ekonomi Amerika dan Yahudi

Nik Aziz berucap dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai 2007.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Berikut merupakan teks ucapan beliau. Sumber Harakahdaily.

Karat

Dinar = 22 K

Karat (K) ialah unit ukuran ketulenan emas dalam aloi. Perkataan karat diambil dari bahasa Greek kerátion (κεράτιoν), melalui bahasa Arab qīrāṭ (قيراط) dan bahasa Itali carato. Setiap karat mewakili nisbah 1/24 tulen, menunjukkan berapa bahagian dari 24 bahagian emas yang tulen. Jadi, 24 karat emas ialah emas yang paling tulen, sementara 18 karat emas mewakili 3/4 emas dan 1/4 lagi aloi.

24-karat = 0.995 ke 0.000 emas tulen
22-karat = 0.916 emas tulen
18-karat = 0.750 emas tulen
14-karat = 0.583 emas tulen
10-karat = 0.4167 emas tulen

Ukuran ketulenan:

X = 24 Mg / Mm

dimana

X ialah ukuran karat bahan
Mg ialah berat emas tulen dalam bahan, dan
Mm ialah jumlah berat keseluruhan bahan

p/s Unit ukuran ketulenan emas ialah Karat. Tetapi, emas tidak akan berkarat kerana emas tidak bertindak balas dengan oksigen. hihi...

Rabu, 24 November 2010

Tahukah anda?

Dinar dan dirham bukan sahaja disimpan untuk pelaburan, mas kahwin, hadiah, bayar zakat sahaja tetapi untuk urusan jual beli juga. Setakat ini dinar dan dirham telah menjadi matawang untuk urusan jual beli di beberapa syarikat perniagaan di Kelantan. Ini merupakan perkembangan yang baik dalam usaha untuk memartabatkan matawang Islam sebenar ini suati hari nanti. Insya-Allah. Saya tak pasti samada hanya dinar dan dirham Kelantan sahaja diterima pakai untuk urusan jual beli ataupun semua jenis dinar dan dirham dari pelbagai syarikat termasuk (Public Dinar, Emirates Gold DMCC, Wakala Nusantara & dll).


Senarai syarikat perniagaan di Kelantan yang menerima pakai dinar dan dirham.

Rujukan
http://www.dinarkel.com/

Isnin, 22 November 2010

Sejarah Dinar & Dirham

Sejarah penggunaan dinar dan dirham bermula apabila orang-orang Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan berat, dan dinar dan dirham yang digunakan diperbuat oleh orang Parsi.

Penemuan matawang yang pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam ialah cetakan dirham Sassanian Yezdigird III, pada zaman Khalifah Uthman ra. Dirham ini berbeza daripada cetakan yang asal di mana perkataan Arab di tulis pada matawang, kebiasaannya tulisan "Bismillah". Sejak dari itu, budaya mencetak perkataan Arab dari Nama-Nama Allah ataupun Ayat-Ayat dari Al-Quran di atas matawang Islam menjadi kebiasaan.

Sabtu, 20 November 2010

Zakat

Soalan yang sering ditanyakan apabila bercakap mengenai emas dan perak. Alhamdulillah kesedaran dan perasaan ingin tahu penyimpan emas dan perak mengenai zakat menjadi bukti keimanan anda. Lalu persoalan seperti berapakah berat minimum emas atau perak sebelum penyimpannya dikenakan zakat?, berapakah pula kadar zakat? dan pelbagai persoalan lain yang sering menjadi tanda tanya anda akan dikupas selanjutnya.

Jumaat, 19 November 2010

Public Gold


Kenapa PG?

Mendapat pengiktirafan "Malaysia Book of Records"
Stok sentiasa ada 24 jam (Memiliki kilang membuat emas sendiri)
Menjual emas fizikal dan mempunyai sijil ketulenan.
Harga yang murah dari pembekal emas lain.
Perbezaan harga jual dan harga beli yang rendah (5-6 %).
Gerenti beli balik emas pelanggan (walaupun tercalar atau patah atau bengkok asalkan berat sama dengan berat asal).
24-jam pembelian dalam talian.

Public Gold Bandar Sunway

42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Peta

Royal Safe Deposit Box


Rabu, 17 November 2010

Harga Emas Semasa (RM/g)

Kebiasaaan graf harga emas semasa ditunjukkan dalam unit USD per ounce. Berikut merupakan cara untuk menukar harga emas semasa dari unit USD per ounce ke RM per gram.

1. Baca nilai emas semasa USD/ounce












Jam di Malaysia 16:15
Jam di New York - 13 jam M'sia = 3:15
1332.10 USD per ounce (oz)

2. Tukar kepada USD per gram





1332.10 USD / 31.1034768 gram
= 42.828009504 USD per gram


3. Tukar kepada RM per gram






42.8 x 3.13 RM per gram
= 133.96 RM per gram















RM 133.96 ~ RM 133.89 (ralat dalam pertukaran unit)

Faktor

kadar tukaran wang USD-RM semasa / 31.1034768 (ounce-gram)
ralat sehingga +/- 0.1%

Selasa, 16 November 2010

Permulaan

Salam...

Hari ni saya nak tulis tajuk yang asas berkenaan dengan public gold dan juga pelaburan emas. Public Gold merupakan syarikat pertama yang menawarkan penjualan emas fizikal. Di sini, anda boleh membeli emas bila-bila masa dengan harga yang terkini, yang dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.



Kelebihan

1. Emas fizikal
2. Segala kos ditetapkan (tiada kos tambahan)
3. Modal pecahan 5 - 6 % (perbezaan harga beli dan harga jual)

Produk-produk

Public gold bar - 1kg, 100g, 50g & 20g.
Public dinar - 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar.

Laman web

Public Gold
Public Dinar

Pelaburan emas


Pelaburan emas lebih kepada jangka masa sederhana dan juga panjang. Jangka masa sederhana dalam lingkungan setengah tahun - 2 tahun manakala jangka masa panjang untuk 2 tahun dan ke atas. Misalnya, anda merangcang untuk kahwin dalam masa 2 tahun dari sekarang. Anda tukar wang simpanan anda dengan melabur emas yang mana anda akan dapat 30 - 40 % keuntungan. Insya-Allah. Sebaliknya, jika anda simpan duit dalam bank, anda hanya akan dapat 10% dari simpanan anda. Jadi, masa anda hendak melangsungkan perkahwinan, jual la kembali emas2 anda tukar kepada wang ringgit. Jumlah wang anda akan bertambah. Pelaburan jangka masa panjang pula melibatkan anda menyimpan untuk kegunaan bila anak2 anda nak sambung belajar ke universiti. Kalau anda pernah dengar cerita ibubapa kat kampung sanggup menjual tanah mereka untuk hantar anak mereka sambung belajar. Pelaburan emas mempunyai konsep yang sama dengan membeli tanah. Harga akan meningkat mengikut masa.


Risiko


Pelaburan emas ni ada risikonya seperti mana pelaburan saham dan sebagainya antaranya risiko keselamatan, harga emas dunia dll. Saya akan menulis mengenai cara untuk menghadapi risiko dalam penulisan yang akan datang.

Strategi

Saya akan tumpukan kepada 2 kelompok iaitu pelajar dan pekerja gaji sederhana.
Pelajar - majoriti pelajar mendapat pembiayaan PTPTN ataupun biasiswa. Jumlah dana yang anda dapat di awal sem cukup untuk beli 1 ataupun 2 Dinar. Jadi, belilah pada setiap awal sem untuk menjana sedikit keuntungan pada akhir sem nanti.
Pekerja biasa - kebiasaanya golongan ini menyimpan RM 250 sebulan untuk simpanan. Alternatifnya, setiap 3 bulan, anda beli 1 Dinar sebabnya keuntungan emas ini lebih tinggi. Pelaburan emas merupakan pelaburan yang kukuh, terjamin dan semua orang mengiktiraf betapa berharganya emas ini. Jadi, setiap tahun anda dapat simpan 4 Dinar bersamaan dengan 40 keping emas pada tahun ke-10 anda bekerja.

Konklusi

Anda boleh pilih samada untuk menyimpan emas untuk masa depan ataupun anda mahu gunakan semua duit yang anda ada sekarang untuk berbelanja. Nasihat saya, anda ada masa depan yang panjang lagi untuk dilalui. Anda tidak tahu siapakah anda bila berusia 50 tahun, boleh jadi anda telah lumpuh tak mampu bekerja, anak2 anda tidak menghiraukan anda lagi, tiada simpanan untuk beli makanan anda. Siapa anda waktu itu. Jangan menyesal di akhir usia. Tiada salahnya anda menyimpan emas.

p/s Jangan lupa bayar zakat yeh.




Isnin, 15 November 2010

Public Gold Bar

Keperluan atau kehendak?

Keperluan atau kehendak? Satu idea yang sangat penting dalam bidang ekonomi. Perlu; boleh didefinisikan sebagai barangan atau servis yang diperlukan. Tanpanya, kehidupan seharian kita tempang, tak lengkap dan cacat seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, kenderaan dll. Kehendak pula bermaksud barangan atau servis yang tidak perlu untuk kemandirian diri tapi nafsu kita mahu. Sebagai contoh, kita perlu makanan untuk hidup tapi, kita tak perlu makan makanan yang mahal di tempat yang ekslusif. Cukup sekadar makan untuk memberikan tenaga untuk kita melakukan aktiviti harian.

Sesetengah orang gagal untuk mengenal pasti yang mana satu perlu atau tidak, menyebabkan masalah kewangan berlaku dalam diri. Kehidupan yang berteraskan "biar papa asal bergaya"menjadi punca kita sanggup berhutang, semata-mata nak menjaga imej. Konon2. Pepatah Melayu itu dah tak relevan untuk orang2 yang belajar ilmu ekonomi. Sebaliknya, kita perlu mengamalkan sikap jimat cermat demi memastikan kehidupan kita bebas dari hutang piutang.

Senario, majlis perkahwinan yang mewah satu contoh yang ideal. Ya, seseorang perlu kahwin tapi, tak perlulah majlis besar2an untuk buat kenduri. Kenduri di hotel hanyalah kehendak yang akan merugikan kita kelak. Kita sepatutnya membelanjakan kenduri mengikut kemampuan kita. Tak perlulah kita nak berhutang untuk berkahwin mewah. Kebiasaan ini, sebabnya kita iri dengan kawan2 yang kaya atau artis2 yang buat resepsi dkt hotel. "Ukur baju di bahu sendiri" - itulah jawapan untuk anda.

Lihat la pula pada orang2 kampung atau orang2 cina. Mereka pandai menyimpan aset untuk kehidupan di masa akan datang. Sebagai contoh, jiran saya, dah tua, dah meninggal pun, kerja dia masa hidup hanyalah menghantar surat khabar dari rumah ke rumah. Gaji dia tak sampai 4 angka pun. Anda pun dapat agak berapa gaji dia. Bila dia meninggal, anak dia jumpa 15k jer, simpan bawah bantal, dalam poket dan dalam almari. 15k jer? Banyak tu. Orang tua yang bawak basikal yang hantar surat khabar, simpan sampai 15 ribu dalam rumah je. Pandai dia simpan, tiada siapa sangka. Satu lagi, orang cina, kerja jual motor mahal2, tapi pakai motor buruk jer untuk diri sendiri sebab diorang tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Anda tahu?


Keperluan atau kehendak mungkin satu topik subjektif mengikut tahap kewangan anda. CEO Petronas perlu BMW 5 series, tapi CEO restoran kecil tak perlu BMW-5 untuk bergerak. CEO Petronas gaji bulanan sama dengan gaji pekerja biasa untuk 10tahun atau lebih. Kemampuan kewangan sangat tinggi. Jadi, mereka layak untuk pakai apa2 sahaja asalkan tidak membazir. BMW untuk golongan kaya mungkin satu keperluan, tapi kalau golongan biasa, tak perlu. Mungkin golongan biasa pun mampu, tapi terpaksa makan nasi dan telur goreng, tinggal di rumah flat kongsi 8 orang, buat pinjaman bank, hutang keliling pinggang dll. "Biar papa asal kedana". Jadi, anda perlu fikir sebelum buat penilaian.

Strategi.
1. Kenalpasti status kewangan anda.
2. Elakkan buat pinjaman untuk kegunaan peribadi kecuali untuk beli kereta atau rumah.
3. Senaraikan keperluan dan kehendak anda.
4. Buat penilaian yang bijak sebelum membeli.
5. Cari alternatif barangan anda yang lebih murah tapi berkualiti. "VFM - Value for Money"
6. Buang sikap "biar papa asal bergaya".
7. Jadilah tawaddu' (rendah diri).
8. Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda ada.
9. Buat analisis kepentingan barang anda yang anda hendak beli.
10. Tawakkal atau istikharah.

Perlu atau hendak. Kesimpulannya, keperluan adalah suatu benda yang anda tak boleh hidup tanpanya. Kehendak pula, anda rasa nafsu anda yang inginkannya. Mudah sahaja. Mungkin anda boleh beli barangan "kehendak" tapi mestilah dalam ruangan bajet anda.

Jangan mimpi bina bangunan setinggi langit, kalau hutang keliling pinggang. Nasihat untuk diri sendiri, kawan-kawan dan juga negara.

p/s Beli emas satu keperluan atau kehendak?

Ahad, 14 November 2010

Emas Sepenuh Bumi


Tafsir Ayat 91 Surat Ali Imran

Harga emas semasa 999 = RM 151 /g
Isipadu bumi = 1.08321 × 10(18) m3
Ketumpatan emas = 1.93 x 10(7) g/m3
Berat emas sepenuh bumi = 1.93 x (10(7) g/m3 x 1.08321 × 10(18) m3
= 2.0806 x 10(25) g
Harga emas sepenuh bumi = RM 151 /g x 2.0806 x 10(25) g
= RM 3.1568 x 10(27)

Walaupun orang kafir dan yg mati dlm keadaan kafir ingin menebus diri dgn emas sepenuh bumi yg bernilai RM 3.1568 x 10(27) sekalipun pada hari Akhirat kelak tidak akan diterima penebusan itu. Harta benda tiada nilainya lagi. Taubat mereka tidak diterima lagi.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Dikatakan kpd seseorg dri penghuni neraka pd hari Kiamat kelak, 'Bagaimana pndptmu, jika kamu mempunyai kekayaan dri apa yg ada di atas bumi, apakah kamu akan menjadikannya sbgai tebusan?' Maka org itu mengatakan 'Ya.' Lalu Allah SWT berfirman; 'Sesungguhnya Aku hanya menginginkan drimu sesuatu lebih ringan dri itu. Iaitu Aku mengambil janji darimu ketika kamu masih berada di tulang sulbi ayahmu, Adam as, iaitu: Janganlah kamu menyekutukan-Ku dgn sesuatu apapun, lalu kamu menolak bahkan kamu terus berbuat kemusyrikan.' "
(Tafsir Ibnu Kasir)

Oleh itu, dengan kekayaan yg kita ada, jgnlah kita kufur kpd Yang Maha Memberi rezeki. Allahuakbar~~~

*Peringatan utk diri sendiri, pembaca2 dan pengumpul emas. Jalan kira di atas hanya utk ilustrasi. Tiada niat utk mempersendakan ayat tersebut. Selamat beramal~~~

Graf Emas

Salam...

Saya akan menunjukkan beberapa graf dan jalan kira peratus keuntungan dalam masa setahun dari tempoh 2000-2009.

Anggapan:
1. Pengiraan diambil pada awal tahun dan akhir tahun tanpa melibatkan graf pada pertengahan tahun.
2. Pengiraan tanpa melibatkan "spread".
3. Harga yang diambil dalam unit USD per ounce.
4. Peratus = kenaikan/ harga awal tahun x 100%
5. Pengiraan peratus ke 2 tempat perpuluhan.
6. Ralat pembacaan graf +/- 5 USD per ounce

2000
Harga pada 1 Jan = 280 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 272 USD per ounce
Peratus keuntungan = - 2.86 %

Komentar
1. Bulan November 2000 merupakan permulaan harga emas menaik secara mendadak.
2. Tahun terakhir (2000) yang melibatkan kerugian.

2001
Harga pada 1 Jan = 272 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 277 USD per ounce
Peratus keuntungan = 1.84 %

2002
Harga pada 1 Jan = 277 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 350 USD per ounce
Peratus keuntungan = 26.35 %

2003
Harga pada 1 Jan = 350 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 415 USD per ounce
Peratus keuntungan = 18.57 %

2004
Harga pada 1 Jan = 415 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 440 USD per ounce
Peratus keuntungan = 8.43 %

2005
Harga pada 1 Jan = 440 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 510 USD per ounce
Peratus keuntungan =  17.07 %

2006
Harga pada 1 Jan = 510 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 630 USD per ounce
Peratus keuntungan = 23.53 %

2007
Harga pada 1 Jan = 630 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 830 USD per ounce
Peratus keuntungan = 31.75 %

2008
Harga pada 1 Jan = 830 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 870 USD per ounce
Peratus keuntungan = 4.82 %

2009
Harga pada 1 Jan = 870 USD per ounce
Harga pada 31 Dis = 1100 USD per ounce
Peratus keuntungan = 26.44 %

Analisis 2000-2009

2000 = - 2.86 %
2001 = 1.84 %
2002 = 26.35 %
2003 = 18.57 %
2004 = 8.43 %
2005 = 17.07 %
2006 = 25.53 %
2007 = 31.57 %
2008 = 4.82 %
2009 = 26.44 %

Harga pada 1 Jan 2000 = 280 USD per ounce
Harga pada 31 Dis 2009 = 1100 USD per ounce
Peratus kenaikan 2000 - 2009 = 292.86 %

Peratus keuntungan per setahun = 15.78 %

Pelaburan Emas

Salam...


Kali ini saya akan menulis mengenai sebab2 mengapa anda perlu menyimpan emas bermula dari sekarang. Semua orang tahu betapa bernilainya emas. Dahulu, kita sering kaitkan emas dengan perempuan dan barang2 perhiasan. Tidak pernah kita fikir yang lelaki juga akan pergi beli emas kan, melainkan bile nak bertunang atau pun berkahwin. Emas memang sangat sinonim dengan perempuan. Perhiasan seperti gelang, cincin, rantai, subang dan macam2 lagi. Tapi sekarang, tidak lagi. Orang sekarang beli emas untuk simpan aka melabur sbb, nilai emas semakin meningkat.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Blog

Salam...

Ini adalah blog saya yang pertama syahas.blogspot.com berkisarkan tentang Dinar Emas, Islam dan Kehidupan.

Asal syahas:

Singkatan nama penulis Syarifuddin Bin Hasan

Tujuan:
  1. Blog ini bertujuan untuk mempromosikan barangan Public Dinar dan Public Gold Bar. Saya akan menerangkan kepada anda bagaimana untuk melabur wang dengan cara yang betul dan mengikut syariah. Saya akan memberi keutamaan untuk pembeli yang tinggal di sekitar UIAM Gombak dan Cheras. Anda hanya perlu menghubungi saya jika anda berminat dengan produk-produk yang ditawarkan.
  2. Saya juga akan menyampaikan kepada pembaca mengenai Islam. Isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan bagaimana untuk menjadi Ummat yang cemerlang.
  3. Kehidupan - Hal-hal yang berkait rapat dengan kehidupan saya sebagai seorang pelajar, peminat bola sepak dan lain-lain.
Ini sahaja muqaddimah blog saya. Saya harap anda dapat mengambil manfaat dari blog ini.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
[At-Thalaq: 2-3]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...